Friday, 15 February 2013

NoVeL "SuaMi aKu uSTaZ"

Sape dah bace novel "Suami Aku Ustaz" ni?? best kan ...hihi..Sape-Sape yang belum bace tu..Cari novel ni and bace taw..





Sinopsis "Suami Aku Ustaz"...

Alisa anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

"Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah."

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila "TIDAK" bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka.

Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia? 
"Dia itulah ustaz disekolah aku. Ustaz yang popular pulak tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk 'Kelab Peminat Ustaz Hafiz' sekianya kelab itu wujud, mestilah dia itu ada rupa, ya tak?

Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula."
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema?
Tapi skema ke Hafiz kalau perangai nya suka menyakat Alisa sejak lahir sehingga besar?

"Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ini tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well."

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian??


Haa...nak tahu kisah selanjutnya, baca sendiri yee..Tak akan aku nak cerita semua sekali kan..tak best la kan..Baik baca sendiri dan hayatinya dengan penuh perasaan..huhu (^_^)...


Thursday, 31 January 2013

maksud disebalik warna ros





MAKSUD DISEBALIK WARNA BUNGA ROS




Tahukah anda terdapat makna tersirat disebalik warna dan bilangan bunga ros itu? Sebelum itu diingatkan, ini hanyalah sekadar informasi sahaja yang mungkin benar dan mungkin jugak tidak. Jangan la terlalu obses dengan makna-makna ni semua ye..:)



ROS MERAH






























Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian

...Rose Merah memberi maksud cinta sejati dan romantik..jika seserang membetikan anda Rose Merah mungkin beliau telah jatuh cinta kepada anda..


ROS PUTIH





Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you”

...rose putih seperti warnanya membawa erti kebersihan & kesucian selalu digunakan ketika majlis perkahwinan kerana membawa pada keharmonian dan kesucian juga kehormatan.


ROS PINK




Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan

 ...Rose pink pula membawa kepada kasih sayang dan kecantikan.jika seseorang memberikan anda bunga ros pink mungkin karana beliau tergun dengan kecantikan yang anda dimiliki.selain itu ros pink membawa maksudkehormatan,rasa kesyukuran,perhargaan.ros pink juga boleh diberikan sebagai tanda terima kasih.boleh diberikan kepada orang tersayang seperti anak dan ibu anda.


ROSE KUNING




Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru..

..rose kuning pula membawa maksud matahari yg memberikan sinaran,hubungan silatulrahim,.Selain itu,boleh dijadikan hadiah persahabatan atau hadiah melawat pesakit.


ROS PURPLE




...warna rose purple adalah warna misteri dan membawa maksud tersimpan rahsia.warna ini juga menunjukkan keinginan atau memberi mesej cinta pandang pertama..